Sunday, October 11, 2009

PMR 2009 07/10/2009 -13/10/2009

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat menduduki PMR kepada semua calon-calon PMR 2009. Semoga dapat mencipta satu kejayaan yang menggembirakan seluruh warga SMK Tansau.

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Panitia Pendidikan Islam Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMK Tansau dan seluruh Umat Islam...

Takbir !!! Allahu Akbar.

Wednesday, September 9, 2009

TARAWIKH d' Tansau

Jom kita meriahkan ramadhan ini dengan solat di Surau Nur Hidayah SMK Tansau...
Allahuakbar!!!

RAMADHAN KARIM

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
YA ALLAH BERKATILAH KAMI SEPANJANG BULAN RAMADHAN...

Wednesday, July 15, 2009

Jom Pakat datang dengar ceramah... jangan terlepas peluang...

KURSUS MEMPERKASA AKIDAH

Panitia akan mengadakan Kursus Memperkasa Akidah buat kali pertama khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 4,5 dan 6 pada :

Tarikh : 26 & 27 Rejab 1430 H/18 & 19 Julai 2009
Tempat : Surau al-Hidayah SMK Tansau
Jumlah Peserta : 60-65 orang.

Semua guru pendidikan Islam terlibat secara langsung dalam kursus tersebut. Pihak panitia pendidikan Islam mengalu-alukan kedatangan para peserta khususnya dan semua warga SMK Tansau untuk sama-sama mengikuti ceramah-ceramah dan mini forum yang akan diadakan nanti. Untuk maklumat tentang jadual ceramah sila rujuk tentatif kursus yang disiarkan dipapan kenyataan surau atau merujuk kepada guru-guru pendidikan islam.

Friday, June 19, 2009

PEPERIKSAAN KHAS KKQ TING 3

Selamat menduduki Peperiksaan Khas Kelas Membaca dan Menghafaz al-Quran bagi pelajar tingkatan 3 khususnya calon SMK Tansau amnya calon seluruh Malaysia..
Mudah-mudahan dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang..
Amiiiin..

Peperiksaan Tahriri (Bertulis) : 23/06/2009
Peperiksaan Syafawi (Lisan) : 31/06/2009- 30/07/2009

Thursday, June 11, 2009

Antara Manusia dan Buah-buahan

Untuk renungan semua:


Jangan Suka Mendedah Tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak,

sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia Terhadap Pasangan

Jadilah seperti pohon pisang.

Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan Dalaman

Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.

Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,

tetapi di dalamnya lembut dan manis.

Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,

tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga Kesucian Dalam Pergaulan

Jadilah seperti sengkuang.Walaupun hidup dalam tanah dan selut,

tetapi umbinya tetap putih bersih.

Wednesday, May 20, 2009

Festival Nasyid Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan 2009


Festival Nasyid
TEMPAT KETIGA... Alhamdulilah...


Teruskan usaha untuk tahun hadapan.. Target johan Bah..

MTQ Daerah Penampang 2009




Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2009


Panitia Pendidikan Islam mengucapkan Tahniah di atas kejayaan peserta-peserta MTQ peringkat Daerah Penampang yang telah diadakan pada 25/02/2009 yang lalu di SK Kibabaig Penampang.Tahniah juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus melatih para peserta. semoga usaha kalian diberkati Allah dan diterima sebagai amal soleh. Tahniah! kekalkan prestasi hindari kontroversi.