Tuesday, January 5, 2010

55 ORANG PELAJAR SKOR A PENDIDIKAN ISLAM.. 10 orang skor A Bahasa Arab

ALHAMDULILLAH...bersyukur kehadrat Allah yang telah memakbulkan doa semua... calon PMR 2009 telah berjaya dalam PMR dan mencapai target GPI. TARGET 50 skor A... tahniniah kepada semua terutama Guru2 PI yang telah banyak berkorban dan berusaha. semoga usaha kalian diberkati Allah... mudah2 an tahun 2010 lebih ramai lagi.... boleh dikatakan hampir 100% lulus.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah... Subjek Bahasa Arab juga tak di sangka2 seramai 10 orang berjaya skor A... Tahniah guru bahasa arab... semoga ALLAH memberkati usaha kalian....

Sunday, October 11, 2009

PMR 2009 07/10/2009 -13/10/2009

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat menduduki PMR kepada semua calon-calon PMR 2009. Semoga dapat mencipta satu kejayaan yang menggembirakan seluruh warga SMK Tansau.

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Panitia Pendidikan Islam Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMK Tansau dan seluruh Umat Islam...

Takbir !!! Allahu Akbar.

Wednesday, September 9, 2009

TARAWIKH d' Tansau

Jom kita meriahkan ramadhan ini dengan solat di Surau Nur Hidayah SMK Tansau...
Allahuakbar!!!

RAMADHAN KARIM

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
YA ALLAH BERKATILAH KAMI SEPANJANG BULAN RAMADHAN...

Wednesday, July 15, 2009

Jom Pakat datang dengar ceramah... jangan terlepas peluang...

KURSUS MEMPERKASA AKIDAH

Panitia akan mengadakan Kursus Memperkasa Akidah buat kali pertama khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 4,5 dan 6 pada :

Tarikh : 26 & 27 Rejab 1430 H/18 & 19 Julai 2009
Tempat : Surau al-Hidayah SMK Tansau
Jumlah Peserta : 60-65 orang.

Semua guru pendidikan Islam terlibat secara langsung dalam kursus tersebut. Pihak panitia pendidikan Islam mengalu-alukan kedatangan para peserta khususnya dan semua warga SMK Tansau untuk sama-sama mengikuti ceramah-ceramah dan mini forum yang akan diadakan nanti. Untuk maklumat tentang jadual ceramah sila rujuk tentatif kursus yang disiarkan dipapan kenyataan surau atau merujuk kepada guru-guru pendidikan islam.